Penggal kedua (2002-2007) Narendra_Modi

Walaupun menggunakan retorik anti-Islam semasa kempen, tetapi Modi menekankan pembangunan ekonomi Gujarat.Saingan beliau ialah Sangh Parivar seperti Bharatiya Kisan Sangh (BKS) dan Vishva Hindu Parishad (VHP) yang berkubu di Gujarat selepas kemerosotan industri tekstil Ahmedabad. Apabila BKS melancarkan pergolakan tani, Modi mengeluarkan perintah mengusir mereka dari rumah yang disediakan oleh kerajaan negeri. Keputusan Modi untuk merobohkan 200 kuil haram di Gandhinagar ditentang oleh VHP.

Perubahan yang dibawa oleh Modi dalam tempoh 2002-2007 telah menjadi Gujarat sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Rasuah telah turun dengan ketara. Modi memulakan sistem kewangan dan teknologi baru.

Modi terus dikritik kerana hubungannya dengan orang Islam. Atal Bihari Vajpayee selaku Perdana Menteri India menggesa agar Modi tidak membezakan antara rakyat selepas keganasan Gujarat 2002 dan mahu beliau berundur dari Ketua Menteri Gujarat . Selepas pilihan raya 2004, Vajpayee memutuskan bahawa keganasan di Gujarat telah menjadi salah satu sebab-sebab kekalahan pilihan raya BJP dan mengakui bahawa tidak memecat Modi selepas keganasan Gujarat adalah satu kesilapan.